Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif Siri 1

Sering kali, pelajar melakukan kesilapan apabila menukar ayat aktif transitif kepada ayat pasif apabila melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua.

Antara ganti nama diri pertama ialah saya, hamba, aku, kami dan kita manakala ganti nama diri kedua ialah awak, engkau, kamu, anda, dan tuan.

Dalam ayat pasif melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua, perlu diingat bahawa:
1. Tidak boleh menggunakan kata “oleh”,
2. Kata bantu seperti akan, sedang dsb. mesti hadir sebelum ganti nama diri.
3. Ganti nama diri : contohnya, saya, anda mesti diikuti oleh kata kerja : contohnya, tulis, baca , sepak.
4. Kata kerja mestilah menjadi kata dasar seperti tulis bukannya menulis, baca bukannya membaca.

Contoh 1
Ayat Aktif Transitif : Saya akan menulis rencana tentang isu vandalisme.
Ayat Pasif : Rencana tentang isu vandalisme akan saya tulis.

Contoh 2
Ayat Aktif Transitif : Anda telah menutup botol itu.
Ayat Pasif : Botol itu telah anda tutup.

Cuba anda tukarkan ayat aktif transitif di bawah dan seterusnya betulkan contoh-contoh ayat pasif yang diberikan.

Sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan, awak telah memanggil Amran ke dalam kelas.

Amran telah dipanggil oleh awak ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.
(Ayat pasif ini salah kerana oleh diikuti oleh ganti nama diri pertama atau kedua).

Amran, awak telah panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.
(Ayat pasif ini salah kerana ganti nama diri pertama/kedua mestilah diikuti oleh kata kerja).

Yang betul ialah :
Amran telah awak panggil
ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.

12 Respons to “Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif Siri 1”

  1. Thomasyss Says:

    Se. Sejahtera.
    Nak tanya tentang ayat pertama,
    Kalau saya jadikan
    Rencana tentang isu vandalisme akan saya tuliskan.
    Betul atau salah?

    Jawapan : Salah. Sebab menyalahi tatabahasa dan menunjukkan makna yang lain.
    Kata kerja yang asal harus ada imbuhan kan, barulah kata kerja pasif juga ada kan.
    Contoh Ayat Aktif : Saya mengejutkan Ali dari tidur.
    Ayat pasif : Ali saya kejutkan dari tidur.

  2. IbnRajab Says:

    salam,

    byk info ttg bahasa kat sini, sy ada tulis mengenai bahasa rojak hari ini. apa komen anda?

    http://ibnrajab.wordpress.com/2009/02/12/lazimi-bahasa-yang-betul/

    sila2.. wassalam

  3. Mohd Adizan Shah Bin Abdul Khanis Says:

    ok, terima kasih kerana telah membantu saya menyiapkan tugasan

  4. ira Says:

    macam mana nak tukarkan ayat pasif kepada ayat aktif.contoh:niat saya untuk menyertai ekspedisi berkayak terpaksa saya tangguhkan kerana tidak sihat.

  5. mohd zulkhairie Says:

    macam mana nak ajar cara nak tulis cakap ajuk kepada cakap pindah dan sebaliknya.

  6. aidil Says:

    teriam kasih.. ia bnyk membantu saya

  7. eika Says:

    sya x pdai nak tkar ayat pasif kpada ayat aktif

  8. Shuit Says:

    Saya agak keliru dengan penukaran ayat pasif kepada ayat aktif. Conthonya seperti ayat di bawah;
    Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.
    Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram.
    Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah.
    Bagaimanakah caranya untuk mengenal pasti sama ada ayat pasif 1 atau ayat pasif 2 betul?

    • mindabahasa Says:

      Ayat 1 adalah betul.. merujuk “sayur-sayuran di belakang rumah”.
      sama seperti ..Kamu mesti mengambil wang di atas meja itu…
      Ayat pasif – Wang di atas almari itu mesti kamu ambil.
      Sebaliknya, wang mesti kamu ambil di atas almari, membawa maksud yang berbeza iaitu pelaku harus berada di atas almari untuk mengambil wang itu.

      • Shuit Says:

        Tetapi persoalannya bagaimanakah caranya untuk mengetahui sama ada ayat tersebut membawa maksud yang dikehendaki oleh soalan?


Tinggalkan komen