Rahsia Menjadi Bapa Yang Berkesan


BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), Antaranya: Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan. Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen`penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak- kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya. Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.
Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang. Anak yang tidak berbapa. Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah: Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran. Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah. Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran,terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana. Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan) Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.
Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai `kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-
Bapa yang komited dan bertanggungjawab. Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumahtangga, disamping ibu mereka.
Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika anda terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.
Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas dirumah. Bayangkan `hadiah’ atau `anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang! Kenali anak anda.
Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai,ketakutan,kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka.
Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.
Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka. Istiqamah (tetap pendirian) Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.
Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan);
Kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin;
Sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihatm dan diikuti. Melindungi, menyara dan mendoakan Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah.
Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya `mengajar’ anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.
Mencintai ibu mereka. Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan `keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak.
Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.
Menjadi pendengar yang baik. Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan.
Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.
Jadikan diri anda `pemimpin’ kerohanian. Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan`keimanan’ dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.

Dikirim dalam Info. Leave a Comment »

Cara Mengatasi Lemak dan Kolesterol

BERLEBIHAN lemak dan kolesterol dalam badan antara masalah kesihatan ramai orang Malaysia. Ini semua boleh membawa kepada penyakit-penyakit seperti serangan jantung dan angin ahmar. Pemakanan memainkan peranan penting dalam menjaga paras lemak dan kolesterol agar berada pada tahap sihat.
Diberikan beberapa panduan di sini:
Daging
Makan daging merah (misalnya lembu dan kambing) hanya tiga hingga empat kali seminggu. Pilih bahagian kurang lemak, buang lemak yang kelihatan. Kurangkan makan daging dalaman seperti ginjal, otak dan hati. Gantikan daging dengan kekacang atau tahu pada hari-hari tertentu.
Ikan
Makanlah ikan, terutama ikan berminyak seperti sardin, ikan kembung dan salmon sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Telur
Jangan makan lebih daripada dua hingga tiga kuning telur seminggu. Kolesterol hanya terdapat dalam kuning telur. Putih telur tidak mempunyai lemak atau kolesterol dan boleh dimakan pada bila-bila masa.
Lemak dan minyak
Kurangkan penggunaan minyak untuk memasak. Sapukan mentega dengan tipis. Kurangkan sos berkrim dan berminyak seperti krim salad dan mayones. Gantikan santan dengan susu rendah lemak atau tairu. Kurangkan lemak tepu (mentega, minyak kelapa dan sawit) dan gantikan dengan minyak tidak tepu (marjerin lembut, kanola, kacang, zaitun dan kacang soya. Gantikan mi goreng dengan mi sup. Kurangkan makanan goreng dan snek kepada dua kali seminggu. Makan buah segar dan bukan kek dan pastri. Produk tenusu Gunakan produk dan susu tanpa lemak atau rendah lemak. Gantikan susu pekat/susu cair dengan susu tanpa lemak/rendah lemak.
Untuk kurang memakan ikan atau ayam digoreng, guna petua ini. Gaul ikan dalam emping jagung (cornflake) atau serbuk roti dan bakar. Buang kulit ayam, rendam dalam susu tanpa lemak yang dicampur herba dan rempah ratus, gaul dalam serbuk roti atau emping jagung dan bakar.

Dikirim dalam Info. 5 Comments »

Pantun Kuih-Muih



Goreng cempedak di luar pagar
Ambik batang buruk tolong jolokkan
Saya budak baulu belajar
Kalau salah tolong sampritkan

Kek pandan jauh ke tengah
Apam balik bercabang tiga
Hancur maruku di kandung tanah
Masalodeh yang baik dikenang juga

Sorong apam tarik apam
Buah Melaka dalam perahu
Suruh makan apam saya makan apam
Suruh makan apam balik saya tak tahu

Lepat Pak Malau lepat pisang
Lepat hamba lepat ubi
Pau tuan pau kelapa
Pau hamba pau serikaya

Lemang tinggi-tinggi
Sampai cucur badak
Belum tumbuh gigi
Dah pandai makan karipap

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Malam ini kita makan bubur jagung
Malam esok kita makan tapai

Nasik manis buah Melaka
Sayang popia hamba lurutkan
Buang tepung gomak buang serimuka
Kerana cokodok hamba turutkan

Kalau ada donat di ladang
Boleh saya menumpang makan
Kalau ada lemang yang panjang
Boleh kita menumpang makan lagi

Kuih talam di bawa belayar
Masak setalam di atas peti
Hutang lempuk boleh di bayar
Hutang dodol di bawa mati

Dikirim dalam Gaya Bahasa. 5 Comments »

Keajaiban otak manusia

Kita semua mempunyai 10 hingga 15 billion neuron di dalam otak? Jumlah yg sebegini banyak melebihi dua kali ganda seluruh penduduk dunia. Jika dikumpulkan semua otak, ciptaan yg pernah diciptakan oleh manusia sejak dulu lagi hingga kini tidaklah mencapai nisbah yg sepatutnya. Memanglah, kerana jumlah neuron tidak melambangkan kecerdikan seseorang tetapi rangkaian yg menghubungkan antara neuron dengan neuron atau dipanggil sinaps(synapses) itulah yg menentukan tahap kecerdasan tersebut. Namun, meskipun jumlah sinaps yg biasa dalam otak manusia berjumlah sekitar 10 trilion(10,000,000,000,000), tidak semuanya terguna dengan baik kerana kurangnya pengetahuan tentang peranan imaginasi merealitikan impian-impian. Dan tahukah anda, 25,000 neuron hanyalah sebesar hujung sebatang jarum.

Mewujudkan imaginasi adalah salah satu daripada peranan otak dalam aktiviti berfikir. Imaginasi yg telah wujud akan melalui beberapa lagi proses internal yg akan menggerakkan anggota-anggota manusia yg lain untuk merealitikan impian-impian yg telah digambarkan itu.

Berat otak lebih kurang 1.5kg iaitu 1/40 drpd berat badan. Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu otak neocortex, otak mammalian dan otak reptilian.

Pulsa saraf di dalam badan manusia bergerak dengan kelajuan 0.5m sesaat ke 100m sesaat(Heimler & Lockard). Ia kemudian bersambung dengan cabang saraf yg disebut axon dan dendrite. Cabang saraf axon ini akan memancarkan denyutan atau pulsa elektrik untuk memberi isyarat kepada dendrite supaya otak dapat berfungsi.

Otak neocortex terbahagi kepada 2 cerebrum iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak kiri dikenali sebagai otak logic manakala otak kanan otak artistic.

Neuron mengandungi bahan sel yg saling bersambung di antara satu sama lain untuk melakukan denyutan saraf dan melakukan proses membuat maklumat di antara satu neuron dengan neuron yg lain.

Dr. Roger Sperry dari Institut Teknologi California pada tahun 1965 telah memberi teori otak kiri dan otak kanan yg dipercayai dan digunakan hingga kini. Dr. Roger Sperry dan Dr. Paul Maclean mendapati manusia hanya menggunakan 10% drpd potensi otak, 90% lg sentiasa menanti untuk dikembangkan.

Otak Kanan-Kreatif (Creative)

– Sintesis
– Analogi(membentuk kefahaman sesuatu konsep secara mengaitkan dengan cirri yg serupa)
– Ruang
– Intuitif(kebolehan mengetahui sesuatu dengan tidak melalui proses berfikir yg biasa/mengikut gerak hati)
– Holistik(kebolehan memahami idea secara keseluruhan)
– Bentuk / Corak / Pola / Lukisan / Rentak / Muzik / Imej / Visual / Gambar
– Imaginasi
– Kreativiti (kebolehan menyusun idea-idea dengan cara baru dan imaginative)
– Global
– Interaktif
– Gerakan / tarian
– Melihat perhubungan dan keseluruhan
– Amalan
– Serentak (kebolehan memproses lebih drpd satu jenis aktiviti minda dalam satu masa)
– Visi
– Perkongsian / Kerohanian
– Bunyi semula jadi
– Emosi(perasaan)
– Konkrit

Otak Kiri-Logik(Logic/Numerical)

– Bahasa / Lisan
– Terancang dan berstruktur
– Bukan gerakan
– Pengiraan
– Penulisan
– Melihat Bahagian-bahagian
– Teori
– Mengawal perasaan
– Analisis
– Simbolik
– Abstrak
– Sekuens (turutan)
– Rasional
– Digital
– Logik
– Fakta
– Terperinci
– Perancangan
– Prosedur
– Ulangan
– Pengelolaan
– Lelurus (linear)”

Dikirim dalam Info. Leave a Comment »

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Dikirim dalam Info. Leave a Comment »

Berfikir seperti juara


Meski mata tertutup, dia tetap berfikir.

Jika anda mahu mendapat keputusan sebagaimana yang para juara dapat, pertama sekali anda mesti
berfikir seperti juara! ”
Bagaimana seorang juara berfikir?
Di sini ada satu senarai sepuluh kepercayaan utama yang yang sesuai untuk lelaki dan wanita. Pertimbangkan setiap satu dengan teliti, bayangkan perubahannya, dan setiap ia sebahagian daripada kehidupan anda.
Satu : Juara bukan dilahirkan tetapi ia dicipta.
Dua : Kekuatan utama dalam diri anda ialah cara anda berfikir.
Tiga : Anda diberi kuasa untuk mencipta realiti diri sendiri.
Empat : Ada nikmat disebalik setiap kesusuahan.
Lima : Setiap satu kepercayaan anda ialah suatu pilihan.
Enam : Anda tidak tewas sehinggalah anda menerima ketewasan itu sebagai suatu kenyataan dan berhenti untuk mencuba.
Tujuh : Anda telah sedia memiliki kebolehan untuk berjaya dalam sekurung-kurangnya suatu bidang kehidupan.
Lapan : Sekatan sebenar tentang apa yang anda boleh laksanakan dalam hidup ialah apa yang anda kenakan pada diri sendiri.
Sembilan : Tiada kejayaan terbesar tanpa tanggungjawab yang besar.
Sepuluh : Anda memerlukan sokongan dan kerjasama orang lain untuk mencapai matlamat yang anda idam-idamkan.

Dikirim dalam Info. Leave a Comment »

Berfikir


Berfikir itu pelita hati. Berfikir seminit adalah lebih baik daripada menonton tv atau mendengar radio selama beberapa jam. Berfikir dapat menjanakan idea segar dan membaharui kesedaran/pengamatan terhadap persekitaran kita. Seterusnya, kematangan akan menumbuh secara pesat dan meletakkan seseorang selangkah di hadapan daripada orang lain.

Dikirim dalam Info. Leave a Comment »