Pantun Kuih-Muih



Goreng cempedak di luar pagar
Ambik batang buruk tolong jolokkan
Saya budak baulu belajar
Kalau salah tolong sampritkan

Kek pandan jauh ke tengah
Apam balik bercabang tiga
Hancur maruku di kandung tanah
Masalodeh yang baik dikenang juga

Sorong apam tarik apam
Buah Melaka dalam perahu
Suruh makan apam saya makan apam
Suruh makan apam balik saya tak tahu

Lepat Pak Malau lepat pisang
Lepat hamba lepat ubi
Pau tuan pau kelapa
Pau hamba pau serikaya

Lemang tinggi-tinggi
Sampai cucur badak
Belum tumbuh gigi
Dah pandai makan karipap

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Malam ini kita makan bubur jagung
Malam esok kita makan tapai

Nasik manis buah Melaka
Sayang popia hamba lurutkan
Buang tepung gomak buang serimuka
Kerana cokodok hamba turutkan

Kalau ada donat di ladang
Boleh saya menumpang makan
Kalau ada lemang yang panjang
Boleh kita menumpang makan lagi

Kuih talam di bawa belayar
Masak setalam di atas peti
Hutang lempuk boleh di bayar
Hutang dodol di bawa mati

Advertisement
Dikirim dalam Gaya Bahasa. 5 Comments »

5 Respons to “Pantun Kuih-Muih”

  1. wan salmah Says:

    salam tuan,
    tergelak sejenak saya membaca pantun2 ni.. makan makan saja ya, dan, pantun ini semua pembayang? ok lah tu..

  2. kira Says:

    emm best..best..best!!

  3. Amirul Amer B. Abdul Razak Says:

    semua pasal kuih raya je
    mentang-mentang la sekarang ni tengah raya

  4. Norlidah Says:

    Salaam tuna Mindabahasa,

    Izinkan saya berkongsi pantun tuna untuk tatapan anak anak murid kami yang berbangsa asing dan cuba mempelajari bahasa Melayu kita.

    Terima kasih.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: