Contoh Karangan : Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.

Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.

Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.

Kempen antimerokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.

Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.

74 Respons to “Contoh Karangan : Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja”

  1. sharz Says:

    so nice……….

  2. Yuki Nagatto Says:

    xde ke karangan tentang pereanan ibu bapa mengelakkan anak mereka dari terjerumus ke kancah penagihan dadah

  3. rex@tanggang Says:

    yezz…karangan yg ok..memang patut pun amalan merokok diperangi…”lebih baik mencegah daripada mengubati””

  4. Asha Says:

    yawh,dats rite..

  5. june Says:

    Banyak remaja ??? atau ramai remaja

  6. mindabahasa Says:

    Banyak remaja adalah betul.

    • Cikgu Roslan Says:

      mengapa banyak?
      sedangkan remaja merupakan manusia. maka, ramai itu lebih tepat.

      • mindabahasa Says:

        Terima kasih di atas komen tuan. Sila rujuk Kamus Dewan. Perkataan banyak digunakan untuk manusia juga. Tetapi, ramai menunjukkan suasana atau keadaan. Contohnya, Pasar itu ramai.
        Ayat ini : Kebanyakan pelajar sekolah itu tinggal di Taman Cempaka, betul. Walaupun banyak sebagai kata dasar bagi kebanyakan. Terima kasih.

      • danny Says:

        betul cikgu.. tapi, kedua-dua perkataan juga x salah digunkan.. asalkan tidak menyalahi hukum tatabahasa.. seperti ramai remaja-remaja atau banyak remaja-remaja.. itu sudah semestinya salah..

  7. jhon Says:

    ohhh gitu ya
    baru ta gw

  8. angahzzz Says:

    remaja yang merokok nih sajer jerk nak tunjuk dekat sumer orang yang diri diorang tuh hebat bagi pandangan saya pulak tu tak betul sama sekali……dan saya rasa diorang tu ingat kalau lelaki tak hisap rokok budak poyo….dan lembek…..

  9. farah Says:

    kebanyakan remjaa zaman sekarang suka merokok..diowang fikir diowang hebat sangat sedangkan mereka masih dibangku sekolah dan masih di bawah tanggungan ibu bapa..ibu bapa tidak harus pandang remah perkara ini..perhatikan aktiviti anak-anak..

    • beth Says:

      yeah….awk betul tp kdg2 ibu bapa takde ms utk perhatikan aktiviti anak-anak

      • phoenix Says:

        betul, skrg semakin banyak remaja suka merokok… x erti fikir bahawa rokok akan membawa maut akhirnya disebabkan nikotin tu dlm rokok.
        pada kalangan kawan-kawan saya… kebanyakan kaki rokok… xde duit pun nak rokok… minta kawan sebatang atau minta duit siling, kata nak beli rokok.

  10. Siti zana Says:

    Karangan yang bagus! Saya ingin mengetahui bagaimana imej-imej yang dipaparkan dalam ikan antimerokok tahun 1980-an ( atau yang awal). Saya harap ada sesiapa yang sudi membantu memberi gambaran atau berkongsi sumber yang boleh saya rujuk. Saya membuat kajian tentang isu ini. Terima kasih.

  11. alexa Says:

    maklumat ini memang bernass…….bgus untuk rmaja2…

  12. ??? Says:

    o.o…. merokok membunuh anda perlahan- lahan….
    wakakakkaa

  13. ranjeetar dewi Says:

    karangan ini amat berguna untuk saya. terima kasih

  14. bakal cikgu BM Says:

    bukankah sepatutnya “ramai remaja.” Ramai menunjukkan bilangan bagi manusia

  15. mindabahasa Says:

    bakal cikgu BM,
    “banyak” sebenarnya menunjukkan bilangan bagi manusia, haiwan atau benda. “ramai” pula menunjukkan suasana atau keadaan. Contoh1 : Pasar itu ramai. Contoh 2 : Majlis keramaian itu diadakan di rumah Ali.

  16. neesa Says:

    remaja yg merokok saja nak tunjuk terrer. tapi mereka sebenarnya membunuh diri. dah la buang duit….sial! skarang bukan bapak jer yg merokok, tapi mak jugak! modern konon…pui!!

    orang Yahudi yg produce rokok tapi sorang drpd mereka tak merokok sebab mereka tahu rokok mbahayakan kesihatan. mereka nak bunuh kaum/races lain supaya kaum mereka tidak lumpuh/pupus.

    tengok negara2 maju seperti Singapura, mereka menaikkan harga rokok supaya perokok tak mampu beli rokok. tengok hasilnya kepada rakyat, bijak2 belaka…

    tengok negara yg mempunyai rakyat yg suka merokok seperti Malaysia dan Indonesia. kecik2 dah merokok. effectnya kpd otak sangat teruk sampai rakyat Malaysia dan Indonesia kebanyakannya ngok2 belaka….bukan nak insult atau whatever tapi tu dah FACT!

  17. Luqman HAKIM Says:

    remaja zaman skarang bodoh…………………………

  18. Luqman HAKIM Says:

    REMAJA pERLU BERFIKIRAN POSITIF BAGA MENGELAKKAN GEJALA SEPERTI INI BERLAKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  19. ridzuan Says:

    apa yang best ye hisap rokok ye????

  20. mindabahasa Says:

    Kalau tak percaya juga, sila rujuk agy7500.blogspot.com tulisan abdul ghalib yunus, seorang munsyi dewan dan penulis buku teks t4 dan t5.

  21. kakchik Says:

    koleksi-koleksi karangan terbaik bahasa malaysia stpm x de ke?..

  22. dodot Says:

    remaja sekarang memang dah melampau…ini kerana terikut kawan…ibu bapa beri nasihat tidak di dengar..akhirnya jadi setan….

  23. asahina Says:

    betul tu….

  24. jon Says:

    .adakah suatu karangan yang baik lebih memntingkan fakta drpd bahasa.tamsilnya,perlukah statistik dan contoh kes dimasukkan ..ataupun sekadar menerangkan secara holistik??

    • mindabahasa Says:

      mulai 2008, kekuatan karangan banyak ditentukan oleh fakta dan pengolahan idea. bahasa merupakan aspek kedua penting tetapi perlu diingat bahasa yang baik penting untuk mengolah fakta dan menghurai isi. data, tamsilan dan lain-lain penting untuk menyokong fakta dan menunjukkan anda seorang yang matang dan berpengetahuan.

  25. fariduddin Says:

    thanks…….sy boleh mengambil pelbagai maklumat dari laman ini………………

  26. barry Says:

    BETUL tu.?
    remaja skrng ni semuanya nak tunjuk Hero Kunun..?
    nak beli rokok tp duit minta dari IBUBAPA..?
    ala2…..?

  27. yazid@mtd_4zeta Says:

    merokok mmg x de kbaikkan lngsng..org byr duit nak sihat..ni bayar duit nak sakit..apelah org zmn skrng..otak manusia smkin kurng brfkir walaupun zamn dh maju ..

  28. ukui Says:

    btl2!!

  29. Superman Says:

    giler2 betul peroko,nak masuk lembah maksiat je.susah betul la anasir hitam ni.

  30. mEkx Says:

    betul3!!!! merokok…..? mane ade gaye…. katakn x nak kpd merokok!!!!!!!

  31. fik Says:

    Haha memang benar ternyata hukum merokok itu haram kerana rokok adalah perilaku merosakkan diri secara perlahan-lahan yang kesan akhirnya sama macam bunuh diri, haha tetapi yang lucunya banyak perokok ini tidak sedar bahaya tersebut dan hukum haram rokok itu. Agaknya ada tidak perokok-perokok yang akan surf web site cari pasal keburukan merokok apa lagi baca dan ambil iktibar dari esei macam ini.

  32. fit Says:

    remaja skunk ni otak lembap tak reti nk pk…juz nk mati cepat jer saper yg hisap rokok 2…

    • gilzz Says:

      kurang nye didikan agama dlm dri remaja..di sbab kn itu, b’laku nye gejala morokok..ibubapa berperanan utk menegah nye.. ibubapa juga perlu menunjukkan contoh yg baik kpd ank2..

  33. piqah Says:

    sya ske krgn ni…tp klu boleh buat la tjuk lain plk sbb krgn yg cm ni da biase sgt …buat la tjuk yg menabjubkan…psti rmai y bg komen yg baik2…tp krgn ni ttap best…do good your self…

  34. Jesica Says:

    saya sangat kagum dengan karangan ini, harap ada banyak lagi tajuk yang berkaitan dengan isu-isu semasa.

  35. panda buncit Says:

    xde karangan sbb2 remaja terjebak dlm kancah maksiat

  36. ilamarch Says:

    i’m agreeeeeee….sgt menyedihkan kale mlht bxk nak kecil yang sudah mengenal rokok,,,waspada bwt ortu…!!!??

  37. miera Says:

    remaja skunk semua dh merosak…………

  38. yukonikuro Says:

    jika anda semua ingin melihat remaja skrg x merokok kita sepatutnya harus membenteras saegal penghisap rokok di negara kita.Kita haruslah mengharumkan nama Malaysia.Kita x bleh mengikut perangai yahudi.Sama-sama lah kita renungkan dn mengambil ikhtibar daripada apa yg sya berkata.Sekian wabillahhitaufikwalhidayatwassaalm…………..

  39. nawa Says:

    dalam rokok ader 4,000 bahan kimia beracun…..antaranye……nikotin dan tar………nikotin ialah bahan yg bileh m’bawa kpd ketagihan………….

  40. izati Says:

    nk ingtkn tlgla berenti merokok..xtakut mati kw??sygla duit 2..cri duit dgn pnh lelah di sbb bli rkok jw..ingtla org yg tersyg..

  41. fakuronuyeyk Says:

    kargan yg baik skali…cnth yg baik utk buat karngan…

  42. syarafina Says:

    sokong.bagus betul karangan ni.cayalah

  43. alisa.................peace Says:

    dan satu lagi karangan ini bayk membantu kita tuk pembelajaran kita, satu komen dari saye jangan mudah terpengaruh dri rakan sebaya k…………..merokok ini bazir duit je……susah mak n bapa kita cri duit tuk menyekolahkan kita tau, jadi jgn lupe jasa mereka k see u next time k…………….. berhati hatilah///////////////………INGAT NASIHAT INI K JADILAH INSAN YG MULIA DLM DUNIA INI DAN JADI MANUSIA YG BERGUNA K ………………….JAGA DIRI……………PEACE…….

  44. aime zawiyah bt aidil Says:

    sgt bagus untuk org yg merokok…saya suka karangan nie..cuma agak panjang,sgt bagus!

  45. cikin Says:

    good n excellent…….-LaYaN-

  46. yaya Says:

    karanganya sangat bagus .I LIKE IT…….

  47. eiwan Says:

    bagus bagus bagus22222222222222x

  48. eiwan Says:

    kaarangan 2 mmng bagus dn menepati gejalah meroko yg harus d perang

  49. azli Says:

    saya nak buat karangan..last2 karangan cartoon d buat saye…

  50. iera Says:

    krangan yg pling bgus n pling lngkp ngn isi2…

  51. cleolissa Says:

    bagus,bagus….mmg sebuah hasil karangan yg baik…

  52. izza Says:

    faham tu…ohoii org2 d luar sne….jgn mrokok…please la…da brape org yg sy rpat,mnggal sbb merokok…
    please,don’t break my heart…

  53. addanis Says:

    wahai anak2 remaja,jauhilah dari merokok kerana akibatnya orang lain pun akan merasai kesan 2 yang tidak baik akibat asap dari orang yang merokok.karangan ini patut dibaca bagi perokok tegar dan remaja yang baru nak belajr merokok.ibu berkata demikian sebab suami ibu sendiri seorang perokok tegar.akibatnya sekarang ibu menanggung sakit dada akibat hari2 menyedut asap rokok tak kira sampai kebilk tidur.olih itu sayangilh diri anak2.ketenangan bukan terhasil dari merokok,tapi banyak kan berzikir dan jangan tinggal solat.insyaallah ketenangn akan ditemui.

  54. hidayah Says:

    sya nk sgt wat krgn cam nie wktu UPSR nnti…bleh x sapa2 tlg sya….

  55. auni qila Says:

    trima kasih krana membantu saya menyiapkan assey yg cikgu saya bg…mlsz nk pikir nsb bek de karangan nie…thaxzz 0kk..

    ……………………………auni qila………………………..

  56. Firman Says:

    Makasih buat artikelx, Stlh sy cr2 dmn2 trnyata ktmu d sn.Trm ksh buat penulis artikel ini.
    Oh y nm sy firman, siapa sj yg ingin knalan sm sy bs lngsng ketemu aja d rmh sy.Rmh sy ada d sidoarjo y. I Love you Bei beh….

    NB: Klau ke rmh q jngn hr senin smp minggu y, krn q ada acr.


Tinggalkan Jawapan kepada mindabahasa Batal balasan