Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita.
Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita dengan telefon bimbit, bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G.
Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.
Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit?
Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain. Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat.
Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu.
Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang tinggi.
Februari 13, 2009 at 3:30 am
this is a good essay!!!
love it!!!
Mac 19, 2009 at 3:57 am
great!!!
Oktober 21, 2010 at 2:32 pm
thanksssss
April 12, 2009 at 5:24 am
hey…thnx to sape yg bagi essay nieh..
Mei 17, 2009 at 8:30 am
karangan yg baik dan huraian yg bagus….
Jun 11, 2009 at 5:51 am
bagus sangat_(>.<)^
thanx yo~~!
Jun 15, 2009 at 3:47 pm
Isi yang sangat baik tetapi perlu banyakkan perkataan yang gramatis dan peribahasa agar karangan menjadi lebih menarik..
Jun 22, 2009 at 8:56 am
sangat bagus. .
Julai 28, 2009 at 7:09 am
good essay
Ogos 28, 2009 at 3:25 am
Karangan yang mantap! Thanks ya!
Oktober 4, 2009 at 3:57 am
good essay…!
Oktober 20, 2009 at 1:38 am
pergh…
good essay…
i can get a’s if my essay r like this…
Januari 6, 2010 at 12:05 pm
trimas sebab beri karangan yg mantap…
Januari 22, 2010 at 12:27 pm
saya menyokong ttg larangn ini tetapi pihak sekolah atau kerajaan perlulah menyediakan kemudahn untuk berkomunikasi jika terdapat KECEMASAN yg tidak diduga,,
contoh nya telefon awan ,, kerana segelintir sekolah menawarkan telefon pejabat dengan bayaran tertentu da kadang kadang terlalu mahal ,, bagaimana pula dengan murid yg tidak berkemampuan ? rite??
September 18, 2010 at 7:43 am
Betul juga tu..
tp byk lagi kburukn dari kbaikan mmbwa tlefon bimbit ke sekolah..
tp rmai plajar tdk sdar
April 18, 2010 at 12:03 pm
memeng bagus karangan bm ni sehingga soalan bm saya mendapat 5A dlm UPSR terima kasih soalan ini
April 30, 2010 at 10:11 am
ayat yg baik dan bermutu…
Mei 15, 2010 at 12:01 am
Bagusnya esei ni…;)
Mei 20, 2010 at 4:31 pm
isi yang agak padat namun huraian masih perlu ditambah dengan kata-kata yang dramatis mahupun bombastik…peribahasa atau ungkapan menarik juga boleh diselitkan seiring dengan huraian yang tepat dan padat..tahniah kerana teknik penulisan yang sangat memberangsangkan..
Mei 27, 2010 at 7:57 am
karangan yg mantap
Julai 10, 2010 at 8:10 am
ayat,fuh power gler…..
Julai 25, 2010 at 6:23 am
essay yang bagus…..terima kasih kerana memudahkan aku untuk membuat essay………..
Ogos 5, 2010 at 3:14 pm
krgn awak bagus dan harap2 thn 2010 ini bg calon yg menduduki peperiksaan SPM akn keluar soalan ini….INSYA ALLAH……………………..
Ogos 12, 2010 at 5:58 am
perrrghh….
ayat fuhh…..power gilawr…….
bleh jd bahan rujukanney….
Ogos 16, 2010 at 5:40 am
Karangan yang dihasilkan amat cukup baik untuk peringkat STPM.Tiada kesalahan tatabahasa,pemerenggan yang baik dan ringkas.Karangan in menepati format STPM iaitu ringkas,padat dan menarik.Tidak perlu menggunakan ayat-ayat yang gramatis dan menarik kerana karangan ini sudah cukup mantap.Salaam namaskar
Ogos 17, 2010 at 8:36 am
nice essay… I like it!!!
September 19, 2010 at 1:27 am
Bha ok gk…wat slalu
September 26, 2010 at 1:29 pm
karangan ni sgt bagus dan bleh mmbntu sya dlm mmbuat krangan…tq byk2
September 28, 2010 at 3:34 am
time kasih sbb tlong ..
November 6, 2010 at 3:29 pm
soalan nie kluar pekser aku hari tu
nasib baik aku dh bace krngn nie…..gud3