Wujudkah ibu bapa yang tidak sayangkan anak ? Semestinya, semua ibu bapa sanggup berkorban demi kebahagiaan anak mereka. Tetapi, persoalannya adakah semua ibu bapa hari ini menyayangi anak dengan cara lebih tepat ? Dalam hal ini, ada ibu bapa sekarang melakukan kesilapan. Ada menganggap cara ibu bapa dulu mendidik anak tidak betul dan kolot, lalu terus menolak semua, sedangkan cara dulu tidak semua salah atau tidak sesuai lagi.
Ada pula beranggapan cara didikan ibu bapa dulu adalah betul, lalu terus menggunakan semua, sedangkan mungkin ada antaranya tidak sesuai dengan keadaan sekarang. Manakala, ada pula disebabkan ingin mencari cara kontemporari, lalu dengan mudah mengguna pakai cadangan dikemukakan buku atau penceramah, tanpa melakukan penelitian, tapisan atau kefahaman yang mendalam. Kebanyakan isu keibubapaan timbul dalam konteks hubungannya dengan anak yang berada pada usia remaja. Sesetengah remaja menunjukkan perlakuan sukar difahami dan tidak pernah dibayangkan ibu bapanya. Ada ketikanya remaja memilih pakaian dan muzik pelik, emosi berubah-ubah seperti keras dan pendiam, malah mungkin kurang menghormati ibu bapa. Lazimnya, ibu bapa diingatkan mengenali dan memahami psikologi anak remaja. Ibu bapa diberitahu bahawa remaja berada dalam zaman transisi dan bergelut untuk berpaut pada zaman kanak-kanak yang penuh kegembiraan yang bakal ditinggalkan sambil memasuki alam dewasa yang penuh tanda tanya. Orang tua dimaklumkan bahawa anak remaja sedang berada dalam paradoks. Tetapi, ibu bapa jarang diingatkan untuk mengenali dan memahami paradoks yang sedang berlaku dalam dirinya sendiri. Bahawa mereka sendiri mencari keseimbangan antara memberikan kasih sayang dan menetapkan sesuatu untuk anak remajanya.
Sebenarnya, kasih sayang ibu bapa yang ideal ialah memberikan anak remajanya keseimbangan antara kebebasan dan disiplin. Jika disiplin terlalu banyak dan ketat, remaja akan memberontak. Sebaliknya, jika terlalu banyak kebebasan, remaja dahagakan struktur tertentu dan mencarinya sendiri dengan cara belum tentu baik. Oleh itu, ibu bapa perlu membuat pelbagai keputusan mengenai anaknya, misalnya, daripada boleh atau tidak menonton televisyen, hinggalah kepada boleh atau tidak mempunyai teman lelaki atau perempuan. Semakin anaknya menginjak dewasa, maka keputusan itu semakin besar dan penting. Ada keputusan perlu dibuat setiap hari dan ada keputusan perlu dibuat pada tempoh tertentu.
Selain perlu mengenali dan memahami anak remajanya, ibu bapa harus mengenali dan memahami dirinya sendiri terlebih dulu. Umumnya, ahli psikologi merumuskan ada dua komponen utama dalam gaya keibubapaan. Yang pertama ialah ‘responsif’, iaitu sebanyak mana kebebasan diberikan, manakala kedua ialah ‘permintaan’, iaitu sebanyak mana disiplin atau hala tuju akan ditentukan. Dengan kata lain, ibu bapa berdepan dengan paradoks: antara kasih sayang dan kepemimpinan. Kasih sayang ialah responsifnya terhadap kehendak anak remajanya, manakala kepemimpinan pula ialah permintaannya terhadap keperluan masa depan anak remajanya. Pertembungan, dinamika dan keseimbangan antara kedua-dua komponen ini dapat menentukan gaya keibubapaan. Kebanyakan pengkaji membahagikan gaya keibubapaan kepada empat kategori, iaitu: autoritarian, autoritatif, permisif dan tidak terbabit. Ibu bapa yang autoritarian rendah responsifnya, tetapi amat tinggi permintaannya. Walaupun mereka pengasih dan penyayang, anak remajanya tidak merasainya. Kebebasan hampir tidak diberikan dan pendapat anak remaja jarang didengar. Sebaliknya, disiplin amat ketat, malahan cita-cita anak remaja ditentukan ibu bapa.
Remaja yang dibesarkan dalam suasana autoritarian berkemungkinan besar berjaya dalam peperiksaan dan kerjayanya, tetapi mungkin memiliki peribadi yang kaku, rendah harga diri dan terlalu bergantung kepada arahan pihak berkuasa. Ibu bapa yang autoritatif pula mempunyai keseimbangan antara responsif dan permintaan. Mereka akrab, komunikatif dan anak remaja digalakkan bersuara. Kasih sayang diberikan, ditunjukkan dan dirasai. Disiplin dan hala tuju ditentukan dan diterangkan rasionalnya. Remaja bebas menentukan cita-cita dengan ibu bapa memberikan panduan dan bimbingan.
Remaja yang dibesarkan dalam suasana autoritatif berkemungkinan besar akan sama kejayaannya, walaupun tidak lebih, dengan dibesarkan dalam suasana autoritarian. Bezanya golongan ini akan memiliki peribadi bersepadu, yakin, berdikari dan kreatif. Ibu bapa permisif mempunyai responsif amat tinggi, tetapi permintaan amat rendah. Mereka banyak bertolak ansur, memberikan kebebasan dan hampir semua kehendak anak remajanya diturutkan. Gaya tidak terbabit pula hampir tiada permintaan, disiplin dan hala tuju, serta hampir memberikan kebebasan penuh. Malahan, ia lebih satu kecuaian keibubapaan.
Namun begitu, gaya keibubapaan boleh dirosakkan dengan amat mudah, sekiranya ibu bapa tidak dapat mengawal perasaan marah. Jadi, ibu bapa perlu tahu cara menangani kemarahannya. Dalam hal ini, ada tiga persoalan penting iaitu: bila marah itu wajar, bila marah tidak diperlukan dan bila marah itu boleh menjadi masalah. Walaupun, mungkin sukar melahirkan seorang kaunselor profesional atau pra kaunselor dalam setiap keluarga, program Satu Keluarga Satu Kaunselor tetap mempunyai potensi untuk melahirkan ibu bapa berilmu, berkemahiran dan seimbang dari segi memberikan kasih sayang dan kepemimpinan.
Disember 23, 2008 at 7:19 am
ia amat memudahkan saya membuat karangan,dengan isi-isi yang bernas ,saya dapat memantapkan lagi karangan saya…
Disember 23, 2008 at 7:22 am
esei yang bagus…..
Februari 12, 2009 at 5:16 am
karangan yang lengkap!!
Februari 13, 2009 at 3:31 am
hehehehe
krangan yg mantap!!!
isi yg padat
huraian yg menarik
mmng membantu sya menCari idea
Februari 23, 2009 at 5:41 am
esei yg bgos tp bnyakkan lagi point..
Jun 1, 2009 at 12:06 pm
karangan yg bagus, ttapi adakah pendapat tokoh tidak diperlukan? cikgu sy menggalakkannya setiap perenggan dlam karangan 350 patah perkataan. beri pendapat..
Jun 2, 2009 at 4:13 pm
ya, pendapat tokoh amat berkesan dalam menghasilkan huraian isi yang mantap dan berkesan.
Ogos 10, 2009 at 4:06 am
bgs juak. . . juz ble tmbah isi ker ?
Ogos 21, 2009 at 12:43 pm
thank u…………sbb karangan ni saya dpt no.2 dlm pertandingan mengarang karagan
September 2, 2009 at 6:26 am
thanksss…
esei ni dah bantu saya siapkan kerja kursus saya….
November 8, 2009 at 1:06 pm
thankssss a lot that who wrote this karangan…sya berucap terima kasih kerana ia memudahkan utk menulis karangan masa SPM..Dan karangan inisaya dapat.sekian t.kasih
November 17, 2009 at 4:30 am
sya nak bertanya…maksud transisi itu ape
November 18, 2009 at 8:14 pm
transisi ialah perubahan dan penyesuaian. misalnya, transisi antara kanak-kanak dan dewasa ialah zaman remaja.
Januari 9, 2010 at 9:21 am
esei yg baik….karangan yg mantap dan membantu saya dlm menulis karangan berkaitan tajuk ini…thanks
Januari 10, 2010 at 7:02 am
Klu mcm nih, dpt lah sye memantapkn esei sye dlm pertempuran spm nanti,……komen sye, ialah, esei yg bagus n padat r….
Mac 20, 2010 at 8:02 am
kan lebih gramatis klau letak …..dlm arus pascaglobalisasi….,marcapada,….ayat2 yg moden sikit..
Mac 25, 2010 at 12:06 pm
karangan nie bagus,tapi yang tak bagus nyer …
tiada ape-ape yang tak bagus rasenyer…….
Mei 5, 2010 at 1:35 pm
esei yg sagt bgus……………….
Mei 13, 2010 at 10:13 am
sorry,karangan kamu memang bagus.saya boleh gunakannya sebagai cth.
Jun 25, 2010 at 1:30 pm
paradoks tu apa ?
Julai 8, 2010 at 1:36 pm
kalau tak seimbangkn patah prkataan pada setiap perenggan , boleh ke ?? kerana saya kurang yakin apabila menjawab dgn cara ini?? dan .. boleh beri contoh penggunaan penanda wacana ini : walakin begitu.. trime kaseh
Ogos 7, 2010 at 10:29 am
ada kah salah jika menggunakan peribahasa
begitu saja tanpa memasukan kedalam ayat…
cth:perbuatan Afnan itu seperti melepaskan batuk di tangga.
Oktober 18, 2010 at 9:49 am
karangan okey, tapi peribahasa tak de. lebih bagus kalau dikuatkan dgn ungkapan menarik..
November 6, 2010 at 3:39 pm
assalamualaikum…sy nk tanyer…
penggunaan peribahasa didalam
sesebuah krngn tu dpt membantu
untk dpt markah lebih tak?
November 15, 2010 at 8:57 am
ayt yg gramatis..sy ske..
Disember 13, 2010 at 6:31 pm
mantap
Disember 13, 2010 at 6:32 pm
btl3
Disember 21, 2010 at 11:17 am
Tia psti clalu imutz tp essay nya buagussssss banget kerenz tia dpt ide dech