Contoh Huraian Idea Karangan : Isu Popular – Dilema Ibu Bapa

        Satu dilema yang dihadapi oleh ibu bapa di Malaysia pada hari ini ialah  bagaimana cara untuk mengimbangi masa bekerja dengan masa untuk mendidik anak yang menjadi semakin sukar apabila majikan mereka menuntut supaya  mereka balik lambat untuk menghabiskan kerja. Apatah lagi, sebahagian kecil ibu bapa pula kurang pengetahuan dan kemahiran dalam mendidik anak dan ini memerlukan penyelesaian. Kenyataannya ialah ibu bapa begitu sibuk dengan kerjaya masing-masing dan tidak mempunyai masa untuk anak menyebabkan ribuan kanak-kanak di bandar ditinggalkan bersama pembantu rumah rakyat asing, pengasuh bayi dan sebahagian kecil dengan saudara mara. Mereka terdedah kepada pengaruh dan pemikiran penjaga mereka ini. Kanak-kanak yang pulang dari sekolah mendapati diri mereka di dalam rumah kosong kerana kedua-dua ibu bapa bekerja. Tiada siapapun di rumah untuk memberikan kasih sayang, membimbing dan menerapkan nilai kekeluargaan yang murni. Mereka sebaliknya mendapatkan tunjuk ajar dan dipengaruhi oleh rakan sebaya. Dengan pengaruh yang tidak baik daripada rakan sebaya, wujudlah suasana yang akan membawa mereka kepada pelbagai penyakit dan masalah sosial. Kanak-kanak yang membesar di dalam suasana seperti itu akhirnya akan menjadi mangsa pelbagai masalah sosial seperti keganasan di sekolah, menagih dadah malah terbabit dengan jenayah.  Ibu bapa mesti bersedia meluangkan masa untuk bersama anak mereka. Kanak-kanak memerlukan kasih sayang ibu bapa dan tanpanya kehidupan mereka akan musnah kerana mereka tidak memahami atau menghargai kasih sayang dan nilai kekeluargaan dalam kehidupan mereka kemudian nanti. Ibu bapa mestilah lebih peka terhadap kualiti ikatan kekeluargaan dan sentiasa mengambil langkah untuk menerapkan nilai asas moral kepada anak mereka yang diperlukan untuk membangunkan asas yang kuat kepada satu masyarakat yang stabil dan kukuh.   Jelasnya,  satu program perlu dijalankan bagi meningkatkan nilai moral dan  mengukuhkannya secara berterusan untuk menyedarkan anak akan tanggungjawab terhadap diri mereka sendiri, ibu bapa, masyarakat dan negara.  

11 Respons to “Contoh Huraian Idea Karangan : Isu Popular – Dilema Ibu Bapa”

  1. aisyah90 Says:

    Karangan yang bagus dan mantap.Kalau boleh perbanyakkan lagi jenis esei untuk dijadikan rujukan.

  2. rex@tanggang Says:

    karangan ok …perbanyakkan lagi contoh karangan …..

  3. chain@chik Says:

    esei yang bagus dan sesuai untuk dijadikan rujukan..dan perbanyakkn lagi cntoh2 karangan mengenai isu kekeluargaan..

  4. azwan92 Says:

    karangan yang menarik… perbanyakan lagi karangan seperti ini untuk dijadikan sebagai rujukan…

  5. edward & megat & dhanesh a.k.a beckham Says:

    esei yg bgus!!!
    mantap!!!
    bnyakkan lagi krangan sePrti ini pda masa hadapan

  6. anwar n idayu Says:

    karangan yang baik..banyakkan lagi contoh karangan..

  7. eqah Says:

    HM…m’punyai isi pnting y mndaLAM…
    BAGUS..!!
    MOga sapat d’perbanyakkan lagi..insyaalah.

  8. Nasir n Tracy Says:

    esei yg basOs, tp klu wat rujukan agi bravo………..

  9. BluePlanet Says:

    Bagus!!!!
    Esei yg mantap la boleh dikatakan…
    Banyak kan agi esei seprti ini…..

  10. calon SPM Says:

    Best!!!!banyakkan lg esei cam ni…harap boleh jd panduan…

  11. navanes Says:

    bagusnya………………….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: