Contoh Karangan Pendapat : Isu Dadah

          Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita  berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.  

Pada akhir tahun 1960-an, negara  kita   mulai  mengalami  masalah  dadah   Golongan remaja  dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar Amerika  yang  melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara. Golongan  muda  yang  terlibat  dalam  penagihan  dadah merupakan  pemuda- pemudi  harapan  bangsa  dan  negara   dan  terjerumusnya  mereka  dalam alam khayalan ini mengakibatkan  mereka bukan sahaja tidak berguna kepada  masyarakat  bahkan diri  mereka sendiri. Memandangkan  hakikat inilah,  kerajaan  telah  mengambil  sikap tegas terhadap pengedaran  dadah,  dan  mengambil  langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang  amat  ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.  Oleh itu, kerajaan telah  melancarkan  kempen  antidadah  di  seluruh  negara  secara  meluas.  Namun demikian,  tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya  kita  pikul  bersama.

Tindakan   pencegahan   dadah   yang   berkesan memerlukan  penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih  bebas,  terdedah  kepada pengaruh asing dan mereka  lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang  tidak  sihat. Untuk  disanjung  oleh  kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan  menghisap  rokok  dan  dadah. Sekali  mereka   bermula,   maka   amat  sukar  bagi  mereka memberhentikan amalan buruk ini.   Masyarakat harus dididik  sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh.  Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam  hati  sanubari  mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita  harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk  mewujudkan  satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.

Sebahagian  besar penagih-penagih dadah  di  negara  kita  terdiri  daripada golongan remaja antara 15-29 tahun.  Antara  sebab-sebab utama  mereka  ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh  persekitaran  terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang  ibu  bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.    

Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan berfikiran rasional,  mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni.  

Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang “menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia.  Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu “Perangi Dadah Habis-Habisan”.

84 Respons to “Contoh Karangan Pendapat : Isu Dadah”

  1. K Says:

    Terima kasih, esei yang sangat bagus.

    • puteri ainishah Says:

      karangan yang best sangat .Tapi nak tanya satu soalan kenapa kes dadah ni tak henti-henti ye ?.

  2. wan Says:

    karangan menarik.isi tepat dan banyak.

  3. izzat Says:

    terima kasih,karangan yang cukup bernas dan padat…5 bintang^_^

  4. fiza Says:

    mmg bes r krangan ni

  5. Afa Says:

    Memang bagus karangan ini, terima kasih

  6. zaty Says:

    thnx…krngn ni byk membantu saya..krngn yg bgus…

  7. thivya Says:

    Karangan ini sangat bagus. terima kasih

  8. ArE yIm Says:

    syabas karangan yg hebat..tq

  9. rex Says:

    thanx…karangan yg baik…isi padat & menarik…

  10. BM Says:

    Karangan yang cemerlang!! Karangan ini banyak membantu saya..!

  11. mister Says:

    karangan yang cemerlang…pasti akan membantu saya dalam peperiksaan..^_^

  12. rex@tanggang Says:

    syabas….syok jgak bca nie…

  13. Yoru Says:

    Karangan ini memang bagus …
    byk fakta yg sy inginkan …
    arigatogoazaimas …..
    Syabas ..

  14. Jessica L Says:

    Esei yeang sangat bagus! =) Terima kasih

  15. hitsugaya ima Says:

    terima kasih!
    banyak yang saya dapat..(^_^)

  16. yap Says:

    sangat terima kasih! kerana banyak yang saya dapat

  17. Jaini Ayong Bin Rajawa Says:

    Merujuk kepada fakta semasa menunjukkan bahawa sebanayk 28 pusat serenti di negara ini namun gejala dadah masih belum dihentikan.Yang terkini adalah dengan adanya 66 pusat pemulihan persendirian yang mewakili dan berorentasikan agama.Jelasnya angka jumlah penagih yang hampir 30 ribu diseluruh negara masih belum menampakkan tanda-tanda surut seperti banjir yang melanda di Kelantan dan Terangganu ketika ini.Wahai pemimpin yang budiman dimanakah arah fungsi pusat-pusat pemulihan yang saya sebut sebentar tadi.Pihak kerajaan bergeraklah dengan kaedah yang terkini dan undang-undang yang lebih tersusun.Ayu kita padnag ke timur semula seperti cara rakyat China menangani masalah dadah di sana.Begitu juga dengan corak dan penekatan yang sedang dilakukan di USA dan beberapa negara di Eropah tengah.Isu dadah di negara ini tidak mungkin berakhir pada 2015 jika tidak perubahan kepada penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan dadah.Seabagai contoh asibg terus mereka ke suatu tempat khas dan tidak boleh dilawat oleh ssiapa selagi mereka belum pulih sepenuhnya.Seabagai contoh sejarah Hang Tuah,biarkan keluarga mereka menderhaka selagi anak-anak belum pulih jangan kembalikan kepda mereka.Ini bukan sahaja menjadi cebaran malahan menjadi satu garis undang-undang yang harus diatuhi oleh para penagih atau pengamal najis dadah.Begitu juga dengan pihak pengedar mereka akan diasingkan tidak akan boleh dijengok oleh sesiapa dan jika sabit melebihi peraturan maka tali gantung akan menunggu mereka.Oleh penglibatan masyarakat untuk menyedarkan mereka adalah satu teknik yang sanagat kompetetif.Aspek ke agamaan juga perlu ditekan sejak dari awal mengikut ajaran agama yang ada di negara ini. Ibu dan Bapa juga harus berjalan seiring dengan cara memantau gerak-geri anak-anak mereka.Sedia maklum terutama pasangan yang kedua-duanya bekerja,namun itu buka alasan yang boleh diterima sebulat-bulatnya.Modul khas juga perlu ada sesuai dengan keadaan di negara ini.Tahniah ketas cadangan yang mencadangkan mana-mana bekas penagih yang benar-benar insaf dan pulih bagi menjawat jawatan di sektor awam.Dengan adanya peluang ini maka, para bekas penagih disleuruh negara silalah ambi peluang ini.Peluang ini mungkin datang sekali sahaja seumur hidup anda dan masa depan anda.Peluang ini sabagi bukti yang pihak kerajaan amat menitik berat ketas masalah atau isu dadah yang kian membimbingkan pihak kerajaan masa kini.Adalah normal kepada seseorang yang pernah terlibat dengan gejela ini jika tidak meebut peluang keemasan ini.Jika peluang ini anda abaikan maka hancurlah harapan kerajaan untuk mencapai sifar dadah pada 2015 nanti.

  18. are_riel Says:

    sangat bagus dan byk membantu saya dlm memantapkan lg karangan saya…thnx.

  19. Hagemaru Says:

    hi.karangan ini sangat baik dan menolong saya untuk menulis karangan.
    ——— – TERIMA KASIH

  20. CHERRY Says:

    halo…saya nak terima kasih kerana ia dah bantu saya menghabiskan kerja rumah saya……thanks….

  21. fish Says:

    thx ya…
    it can help me do homework

  22. Zaki Anas Says:

    saya setuju dengan rancangan Jaini Ayong bin Rajawa

  23. fathilla Says:

    thank you very much. Isu ini dapat mmbantu sy dlm mncr maklumat.

  24. miera Says:

    karangan ini membantu saya untk melakukan kerja kursus..

  25. puteri Says:

    karangan yg menarik,tepat,padat dan bernas…tp klau boleh sy nak karangan yg ringkas sedikit….maksud sy yg ringkas pn ade and yg panjang pn ade…

  26. izzati Says:

    sangat bagus!

  27. nurul shafika ahmad Says:

    assalamualaikum…. karangan ini sangat membantu saya menyelesaikan kerja rumah saya selain mengingatkan diri saya tentang implikasi najis dadah. dadah musuh pertama negara…

  28. toykids.. Says:

    saya bg 10 bintang…

  29. shaz Says:

    karangan nie memang2 bagus..

  30. diviyah Says:

    such as good Karangan saya akan bagi 100 bintang (***********************
    ************************
    ************************
    ****************
    ***********)

  31. blackforest Says:

    hebatnya karangan kamu , thanks kerana dapat membantu saya dalam pelajaran

  32. h@ni Says:

    wahh…….bgs Lar krngan nie..Leh La sy nk buat esei cmner…tQ soo much..krngan nie dpt mmbntu sy dLm pLjrn…..

  33. azieyra dark punck alam Says:

    thx . kerana tlah mnolong sye membuat kerje khusus dan memantapkan lg karangan sy. thx again

  34. mangai Says:

    thnx alot le…im going to hafal n do tis 4 my pidato….

  35. muzzammil Says:

    sangat bagus.karangan ini membantu saya dalam kursus.teruskan semoga maju jaya

  36. sofea amilin azzahra Says:

    assalamualaikum..saya suka karangan tentang isu ini..saya gunakan karangan ini sebagai panduan untuk pertandingan esei di sekolah saya..nak tahu??saya dapat tempat pertama tentang karangan ini..saya amat berbangga kerana karangan ini membantu saya mencapai kejayaan yang saya miliki..terima kasih saya ucapkan..

  37. mIeYzA P 11(";) Says:

    time kasih…karangan yang cukup menarik……

  38. Luqman HAKIM Says:

    Karangan yang unik…..

  39. ida_ diyya Says:

    esai yang bagus………………………….

  40. rashidah Says:

    tnx bbnyk cuz esei nea byk mbntu. sooo many stars 4 u..

  41. Ccjing Says:

    thx ^^ karngan ini banyak menolong sy dalam kerja rumah saya ^^ thxQ much ^^

  42. zura VD Says:

    terima kasih (;
    disebbkn esai ni. saya dapat jwab homework

  43. fathiah Says:

    best amat ouh .
    😉

  44. sHaH Says:

    teriMa KaSih keRaNa meNyumBangkan idea KePadA Sya

  45. sonieya sohanna Says:

    karangan yg mantap…

  46. sonieya sohanna Says:

    ia bnyk membantu sy…thnkx again….

  47. erika fitra izara Says:

    very well written. good job. good source of info. wish there are a lot more contributor like this in the future. Cheers!!

  48. john samuel raj Says:

    Karangan ini cukup bernas dan menyebabkan saya mendapat idea tentang bagaimana untuk menulis karangan jika keluarnya karangan tentang tajuk dadah. Terima kasih dan karangan ini layak mendapat 5 bintang

  49. nisa Says:

    syabassssssssss………………. krangan ni mbntu sya . Taniah

  50. NOBITA Says:

    terima kasih bagus karangan ni SONANG NK BUAT KJE SKLH

  51. hmmmmmmm Says:

    tq.sng sy nak buat esei mengenai dadah

  52. adha riri Says:

    hahahaha,,, saye benci dadah

  53. faeez Says:

    penggunaan kosa kata dan perumpamaan yang menarik

  54. hmm Says:

    yang paling best permulaannya..haha..p.ramlee?

  55. zaidi_magic Says:

    kalau tak senarai kan 6 jenis dadah tu tak ape kan

  56. izzaty Says:

    terima kasih bagi sy idea yg baik…………

  57. Theebathacaiyany Says:

    i like this ‘ucapan’ very much!

  58. mushiloly Says:

    best lar krangan ny!!!toce2..idea baek punye…..

  59. shar Says:

    ia adalah antara satu karangan yang terbaik…..
    ia dapat banyak membantu saya dalam mebuat karangan….
    terima kasih….

  60. yana93 Says:

    tanx a lot..
    krgn yg tpat dan pdat..
    sgt mmbntu sya utk mmbina krgn yg bgus..

  61. balqis Says:

    …tq…karangan bnyk membantu sy dgn idea2 bernas…

  62. Nazrel Safian Says:

    karangan yg cntk dn kemas,,,,, dgn membce cnth karangan ini, ia dpt mmbntu sy mningktkn prestasi sy utk mnghdpi spm pd thn ini,(2010),,,,,n_n,,,, trima ksih byk2…

  63. syazana Says:

    mmg bestt . dpat memperbaiki saya punye karangan . drpd 78 jdik 98 ,,!! ^_^

  64. haziq Says:

    terima kasih karangan ini telah banyak menolong saya

  65. nadirah Says:

    trima kasih………….
    karangan ni memeng best

  66. NANASYMALAYSIA Says:

    karangan yg bagus byk membantu sye utk esei tntg dadah

  67. ani Says:

    wonderful asei. 10q 4 gv some tips to write my assay

  68. haz Says:

    trime kasih..sye hrp dng ini sye bleh menggembirakn ckgu fatimah sya ..

  69. aishatul Says:

    teruskan usaha anda saya yakin ramai orang diluar akan turut menyokong anda….

  70. kastturi Says:

    karangan ini banyak menolong sy…..dan bagus.

  71. tira@perak Says:

    krgan yg bagus sgt2.thank you.

  72. syazli Says:

    karangan yg agk menarik, ia dpat membantu sya juga dalam membuat esei..

  73. shah Says:

    karangan ni memang bagus lah i beri lima bintang

  74. pahmi Says:

    kte mesti yakin dengan diri ke kejayan mesti di utamakan

  75. lily Says:

    a very marvelous essay that could solve my problems in writin essays.

  76. nur ika solehah Says:

    salam, mohon terangkan lebih bnyk lagi tentang dadah. saya dan rakan2 sdg mmbuat kajian.

  77. MUHAMMAD FARID Says:

    terima kasih sangat2, karangan ini sangat membantu saya. Melalui karangan ini, dapat menambahkan lagi isi2 atau idea2 yang bernas kepada saya.

    terima kasih

  78. ley'z Says:

    tepat dan padat…mempunyai k’simpulan y menarik….

  79. emalia chamong Says:

    karngan yg lngkp mudh dibca & difhmi.bolh dijdikan pnduan.

  80. yomikokana Says:

    bagus,bagus ,best karangan ini,ia boleh membantu saya mendapat nombor 1 dlm pertandingan buat buku skrap …:) terima kasih ,thank you, aligatogoazaimas,nandri,xie xie :D…


Tinggalkan Jawapan kepada mangai Batal balasan