Contoh Karangan : Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.

Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.

Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.

Kempen antimerokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.

Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.

35 Respons bagi “Contoh Karangan : Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja”

  1. sharz Says:

    so nice……….

  2. Yuki Nagatto Says:

    xde ke karangan tentang pereanan ibu bapa mengelakkan anak mereka dari terjerumus ke kancah penagihan dadah

  3. rex@tanggang Says:

    yezz…karangan yg ok..memang patut pun amalan merokok diperangi…”lebih baik mencegah daripada mengubati”"

  4. Asha Says:

    yawh,dats rite..

  5. june Says:

    Banyak remaja ??? atau ramai remaja

  6. mindabahasa Says:

    Banyak remaja adalah betul.

  7. jhon Says:

    ohhh gitu ya
    baru ta gw

  8. angahzzz Says:

    remaja yang merokok nih sajer jerk nak tunjuk dekat sumer orang yang diri diorang tuh hebat bagi pandangan saya pulak tu tak betul sama sekali……dan saya rasa diorang tu ingat kalau lelaki tak hisap rokok budak poyo….dan lembek…..

  9. farah Says:

    kebanyakan remjaa zaman sekarang suka merokok..diowang fikir diowang hebat sangat sedangkan mereka masih dibangku sekolah dan masih di bawah tanggungan ibu bapa..ibu bapa tidak harus pandang remah perkara ini..perhatikan aktiviti anak-anak..

  10. Siti zana Says:

    Karangan yang bagus! Saya ingin mengetahui bagaimana imej-imej yang dipaparkan dalam ikan antimerokok tahun 1980-an ( atau yang awal). Saya harap ada sesiapa yang sudi membantu memberi gambaran atau berkongsi sumber yang boleh saya rujuk. Saya membuat kajian tentang isu ini. Terima kasih.

  11. alexa Says:

    maklumat ini memang bernass…….bgus untuk rmaja2…

  12. ??? Says:

    o.o…. merokok membunuh anda perlahan- lahan….
    wakakakkaa

  13. ranjeetar dewi Says:

    karangan ini amat berguna untuk saya. terima kasih

  14. bakal cikgu BM Says:

    bukankah sepatutnya “ramai remaja.” Ramai menunjukkan bilangan bagi manusia

  15. mindabahasa Says:

    bakal cikgu BM,
    “banyak” sebenarnya menunjukkan bilangan bagi manusia, haiwan atau benda. “ramai” pula menunjukkan suasana atau keadaan. Contoh1 : Pasar itu ramai. Contoh 2 : Majlis keramaian itu diadakan di rumah Ali.

  16. neesa Says:

    remaja yg merokok saja nak tunjuk terrer. tapi mereka sebenarnya membunuh diri. dah la buang duit….sial! skarang bukan bapak jer yg merokok, tapi mak jugak! modern konon…pui!!

    orang Yahudi yg produce rokok tapi sorang drpd mereka tak merokok sebab mereka tahu rokok mbahayakan kesihatan. mereka nak bunuh kaum/races lain supaya kaum mereka tidak lumpuh/pupus.

    tengok negara2 maju seperti Singapura, mereka menaikkan harga rokok supaya perokok tak mampu beli rokok. tengok hasilnya kepada rakyat, bijak2 belaka…

    tengok negara yg mempunyai rakyat yg suka merokok seperti Malaysia dan Indonesia. kecik2 dah merokok. effectnya kpd otak sangat teruk sampai rakyat Malaysia dan Indonesia kebanyakannya ngok2 belaka….bukan nak insult atau whatever tapi tu dah FACT!

  17. Luqman HAKIM Says:

    remaja zaman skarang bodoh…………………………

  18. Luqman HAKIM Says:

    REMAJA pERLU BERFIKIRAN POSITIF BAGA MENGELAKKAN GEJALA SEPERTI INI BERLAKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  19. ridzuan Says:

    apa yang best ye hisap rokok ye????

  20. mindabahasa Says:

    Kalau tak percaya juga, sila rujuk agy7500.blogspot.com tulisan abdul ghalib yunus, seorang munsyi dewan dan penulis buku teks t4 dan t5.

  21. kakchik Says:

    koleksi-koleksi karangan terbaik bahasa malaysia stpm x de ke?..

  22. dodot Says:

    remaja sekarang memang dah melampau…ini kerana terikut kawan…ibu bapa beri nasihat tidak di dengar..akhirnya jadi setan….

  23. asahina Says:

    betul tu….

  24. jon Says:

    .adakah suatu karangan yang baik lebih memntingkan fakta drpd bahasa.tamsilnya,perlukah statistik dan contoh kes dimasukkan ..ataupun sekadar menerangkan secara holistik??

    • mindabahasa Says:

      mulai 2008, kekuatan karangan banyak ditentukan oleh fakta dan pengolahan idea. bahasa merupakan aspek kedua penting tetapi perlu diingat bahasa yang baik penting untuk mengolah fakta dan menghurai isi. data, tamsilan dan lain-lain penting untuk menyokong fakta dan menunjukkan anda seorang yang matang dan berpengetahuan.

  25. fariduddin Says:

    thanks…….sy boleh mengambil pelbagai maklumat dari laman ini………………

  26. barry Says:

    BETUL tu.?
    remaja skrng ni semuanya nak tunjuk Hero Kunun..?
    nak beli rokok tp duit minta dari IBUBAPA..?
    ala2…..?

  27. yazid@mtd_4zeta Says:

    merokok mmg x de kbaikkan lngsng..org byr duit nak sihat..ni bayar duit nak sakit..apelah org zmn skrng..otak manusia smkin kurng brfkir walaupun zamn dh maju ..

  28. ukui Says:

    btl2!!

  29. Superman Says:

    giler2 betul peroko,nak masuk lembah maksiat je.susah betul la anasir hitam ni.

  30. mEkx Says:

    betul3!!!! merokok…..? mane ade gaye…. katakn x nak kpd merokok!!!!!!!

  31. fik Says:

    Haha memang benar ternyata hukum merokok itu haram kerana rokok adalah perilaku merosakkan diri secara perlahan-lahan yang kesan akhirnya sama macam bunuh diri, haha tetapi yang lucunya banyak perokok ini tidak sedar bahaya tersebut dan hukum haram rokok itu. Agaknya ada tidak perokok-perokok yang akan surf web site cari pasal keburukan merokok apa lagi baca dan ambil iktibar dari esei macam ini.

  32. fit Says:

    remaja skunk ni otak lembap tak reti nk pk…juz nk mati cepat jer saper yg hisap rokok 2…


Tinggalkan jawapan