Contoh Karangan : Pencemaran Sungai

Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan  mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid  melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.

Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka  diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.    

Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran,   Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam  Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun  kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun,  jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.  

Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau  diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu  menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis.  Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi  menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.

Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang  ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.

Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan.  Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya,  apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.

Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.

76 Respons to “Contoh Karangan : Pencemaran Sungai”

  1. Safffy Says:

    Hebat! Best wishes.

    • goshen Says:

      grenti kalau karangan begini exam confirm…A…saya juga mahukan karangan sprt kesan pencemaran sungai kpd manusia dan haiwan form 2

  2. rashella Says:

    good!!!klu bgini dlam exam grenti A

  3. hanani Says:

    karangan ni bleh jadi contoh dalam upsr dan dalam pertandingan. good esei…..

  4. frizo Says:

    saya berasa seronok apabila membaca karangan ini kerana hasil tulisan yg lengkap isinya…menerangkan ttg kesan, faktor dan cara penyelesaiannya….saya bakal menduduki peperiksaan stpm tahun ini…jika ada sesiapa yg mempunyai cadangan yg dapat membanyu saya dalam memantapkan essei sy boleh menghubungi saya 0173868174

  5. Mimie Says:

    Esei yang menarik.Mampu memberi maklumat tentang orang yang terlibat dalam pembangunan dan lain2. Saya harap suatu hari nanti saya juga akan dapat menghasilkan esei sebegini.Tahniah.

  6. Brian Says:

    Ini merupakan esei yang menarik.Sekarang saya telah mendapat idea untuk membuat esei saya

  7. azem Says:

    fuh mmg menarik karangan nie… panjang nye klu x silap kira 649 patah perkataan.. mmg bleh score A nye la krangan nie ^^ harap syer pun leh buat krangan mcm nie… wish me luck for my SPM next year….

  8. Kelly Says:

    great!

  9. yav Says:

    paling bagus!!!!!!

  10. yav Says:

    who ever wrote this ,is great

  11. pengkritik zaman ini Says:

    saya amat berbangga membaca karanagn ini

  12. dayah mrsm Says:

    mcm mne r nk kate..??lu pkir r sendiri!!!!

  13. fariezna Says:

    bez siot essay nie….

  14. sazzy_sam Says:

    bagus arr esei ni….bole djadikan sebagai skema exam ni….tahniah coz dapat buat esei sesedap ini.

  15. swinie Says:

    super duper good esei !!!!!!!! Fuyoh..Harap banyak lagi esei seperti ini dapat dihasilkan.

  16. kenn Says:

    wooooo…..so good de essei man!!! boleh la buatlah rujukan,tapi memang bagusnya essei ni!!

  17. fafau ena Says:

    great esei…hehe…thanx a lot …

  18. RESPECT90 Says:

    KLU WAT MCM NI TIME STPM NNT,CONFIRM DAPAT A…

  19. irah Says:

    btul.btul.btul….
    mmg beslah..
    ala tapi xde ke krngan ttg pncemrn alam sekitar…
    nk ciplak ni…….
    heeeeeeeeeeee2

  20. Renuga Says:

    saya memang minat untuk baca karangan sebegini.

  21. POMPUAN Says:

    SAYA SUKA BACA KARANGAN AWK BEST SGT…..SYE BAGI 100

  22. vick Says:

    Cikgu, kamu ada perkataan canggih bagi karangan?

  23. viwyne Says:

    a good example….

  24. KUDIN(SMSJ) Says:

    senang ar nk wat karangan dh ade rujukan… gerek ar…

  25. dekla Says:

    woohoo..esei ni mnarik prhatian sy law…besz lak tu..ayt yg gramatis..

  26. Irene Says:

    Esei ini sangat bagus untuk dibaca.

  27. paris Says:

    boleh tahan dan di jadikan contoh…

  28. power puff Says:

    karngan…….ok………very good…………

  29. sHaH Says:

    karAngan tOp bEb….(^_^)

  30. zully Says:

    mmg bgs..sya boleh buat rjukan utk esei sya ni..
    trima kasih byk2..
    kalau lg pnjang krgan nya lg bgs…
    nk gna ayat power2 mean agak high standard jgk cm ne ye?
    sya kurang pggunaan ayat yg advance nye..
    tlg ye..

  31. barry Says:

    mmang klo sya wat krngan time SPM mcm ni..?
    mmang cnfm A+..?
    sYA bgi 100% la krngn ni best sngt lah..?
    klo smua ORG t’bca ni krngn mmang hrap2 brubah lah KITA..?

  32. john samuel raj Says:

    karangan yang baik dan mantap

  33. ramusanam Says:

    Laku musnah atau Vandalisme merujuk kepada tabiat
    seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta
    benda orang lain. Perkataan vandalisme berasal daripada nama
    sebuah puak di Eropah, Vandal, yang telah membinasakan kota
    Rome pada tahun 445. Pada lazimnya, laku musnah ditanggap
    sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu,
    vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh
    golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi
    mayarakat.

  34. A Samad Siyed Says:

    sya suka esei ini….
    sya dpt mnilai
    dr isi dan pgunaan katanya…
    pgunaan kta yg advance
    dan terkini…..
    bleyh laa jgak sya bt
    rujukan utk sye bt esei nnti….
    tima kasih bnyk2 yew krn
    bkongsi esei ini…..

  35. m0m0U Says:

    i rasa krgn ni sgt baik dan mantap..ttp i ada sedikai tak faham..krn perkataannya agak sikit difficult to i…hehe..

  36. ying Says:

    karangan ini sangat bagus….

  37. Erddy Says:

    Sya Sngat suka bca ni krangan..konfem A la ni

  38. nurul atiqah Says:

    salam..sya bakal mnduduki stpm thun ini..em..sya plukan lbih byk mklumat mngenai esei2 utk pengajian am dan bahasa msia..

  39. azrie Says:

    best gile karangan tu boleh sangat bantu saya dalam ezem trial spm 2009 thanks kerana karya yang saudara hasilkan sungguh gratis

  40. hmmmmmmm Says:

    byk membantu sy wat esei kt
    tq very much ,teruskan

  41. Gyzel Says:

    bagaimana mengekalkan alam sekitar????
    kepada sesiapa yg mbca komen sy…please help me…
    saya x taw mcm mana mo bt….please…….

  42. chalk beauty Says:

    it is extrmely wonderful that it is the level for professor

  43. looley Says:

    senang lah cam nie…adlah idea sikit,,,

  44. piqah Says:

    bezt r jgk krgn ni..tp..ssuai utk spm n stpm je..klu y pmr n upsr mzty dyeowg slin n edit skit..tp jgn rsau dyeowg xkan edit ko pnye krgn…

  45. Wei Zun Says:

    Saya suka karangan panjang seperti ini!!!!!!!!!!!!!

  46. THARANI RAJ Says:

    JAWAPAN YANG TEPAT DAN YANG PALING DIKEHENDAKI DALAM KARANGAN SEBEGINI…….
    *********A+ MEMANG……….
    BOLEH DIRUJUK….
    SYOK…..

  47. wan Says:

    mmg esei yg mantap!!!
    isi yg tepat…
    bhasa gramatis..dan
    saya amat kagum dgn penulisan ini!
    congrate!!

  48. umira Says:

    alhamdillilah.smge kte sesame mbuka fikiran kiter.dan bersyukur dngn anugerah yang di berikan

  49. kana Says:

    tq
    saya suka karangan ini
    its really helpme
    again tq:)

  50. kaviamutha Says:

    wow! the essay is really superb and excellent. I like the essay very much

  51. hafiz Says:

    best bacagerenti dapat AAAAAA…………………………

  52. MUNIRA ATHIRAH Says:

    memg menberangsangkan ayat yang dgunekn… sesuai dgn khendak saya yang menginginkan ssuatu yg dibuat utk krangn saya tuk folio thank you n hope akn wat esei yg baik lagi di masa akn datg

  53. dak kluang Says:

    waa…
    bnykkn hasilkan karangan seperti ini..
    go0d2..
    cm ni la A!!!!!!!!!!

  54. ACAP Says:

    memang bagus sebenarnya saja main-main boleh dapat aaaaaa+

  55. najwa (sklo) 6T Says:

    Saya sangat suka!!!!!!!!!! Memang bagusssssssssssss!!!!!!!

  56. annys sophillia Says:

    best glerrrrrrrr…….saya harap dpat wat lebih baik dari yang ini mase spm 2010 nanti….

  57. adila Says:

    GOOD…..very good

  58. tira@perak Says:

    krgan yg sgt menarik.

  59. thinessh Says:

    nice to read

  60. sharifah sarah nur syasha batrisyia Says:

    i love it. such a good assey. 🙂

  61. isha Says:

    its damm nice good tips 4 pmr

  62. NAJIHAH Says:

    BAGUS SANGATTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

  63. wawa Says:

    insyaallah.. dis type of question will come out on PMR 2010 aka THIS YEAR 😛

  64. ina96 Says:

    best gak karangn ney…
    but sye nk karangn tentng”PENCEMARAN AIR”..
    sye nk wat rujukn 4 exam ahir taon…ney..

  65. SAANAH(mrsm gemencheh) Says:

    karangan yang cukup menarik perhatian saya untuk membaca!!!!!!!!!!!mesti saya boleh dapat A

  66. warga jps Says:

    SUNGAI ADALAH WARISAN KEPADA ANAK CUCU KITA…..
    KITA CUMA PEMEGANG AMANAH…..
    MAMPUKAH KITA MEMELIHARA DAN MENJAGANYA.
    KESEDARAN DAN TINDAKAN PERLU SEIRING BAGI MEREALISASIKAN KEHENDAK SEMUA. SANGGUPKAH KITA MENYERAHKAN SUNGAI YANG BURUK, HODOH, LESU DAN TIDAK DAPAT BERFUNGSI LANGSUNG KEPADA PEWARIS KITA.

  67. liang Says:

    sangat panjang memang……

  68. kamariah Says:

    sy sku krngn ni cbb ea menpunyai mklmt yg bgsu………..

  69. roobanmac Says:

    gOoD 2

  70. rock kapak Says:

    wei..ni karangan brulh mantap..tpi karangan saya mantap skit kot..hehe..

  71. ali Says:

    saya harap 1 hari nti,sya dpt mnulis karangan mcm nie..berfkiran matang dan mantap..


Tinggalkan Jawapan kepada sharifah sarah nur syasha batrisyia Batal balasan