Contoh Karangan Ceramah : Isu Teknologi Maklumat

Soalan : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita dari segi teknologi maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi teknologi maklumat telah diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknologi maklumat, anda diminta memberikan ceramah dalam majlis pelancaran kempen tersebut. Tuliskan teks ceramah itu.

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.

Hadirin yang budiman,
Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau ‘e-commerce,’ cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’ bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan.

Hadirin yang dimuliakan,
Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah” dengan negara-negara maju yang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?

Hadirin sekalian,
Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.

Hadirin yang dikasihi,
Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.
Sekian, terima kasih.

About these ads

48 Respons to “Contoh Karangan Ceramah : Isu Teknologi Maklumat”

  1. NONAME Says:

    TQ,..good karangan!!.TTFN.(n_n).

  2. rex@tanggang Says:

    ok lah…..bagus!!!!

  3. marini Says:

    tq..boleh jd contoh karangan utk stdy

  4. jamy Says:

    bagus..dapat memberi maklumat tambahan

  5. hamidi Says:

    trima kasih lah atas contoh yang diberikan….blh bt rujukan untuk present esok nii………….

  6. liya Says:

    tQ….. n blh jadi rujukan n cth karangan

  7. farhana Says:

    huh…krngan yg bgus..
    mmudahkn wat krngan..
    xyah nak susah2….

  8. hafiz Says:

    baguih la tu, bly saya buat rujukan utk asgmnt nt

  9. aisya90 Says:

    bagus untuk rujukan.em,,kan senang.

  10. hanna;) Says:

    sssgggttt bgs,,,,,bley membntu saya,,,

  11. mohanapriyah Says:

    memang bagus,,,,mudah untuk sy wat revision..tq

  12. nYnA Says:

    thanx a lot!

  13. jamal Says:

    erm…tlg detailkan krangan ttg tokoh terdekat…
    cam ttg ayah kite ke…
    leh x???

  14. acOp Says:

    nise

  15. imah Says:

    karangan sangat berguna untuk assignment

  16. abi Says:

    nice your essay
    that is so importants for now

  17. aleef Says:

    wah…bagus!bolehla jadi rujukan nak wat karangan ceramah

  18. maz Says:

    bagosnye…bley gne ntuk panduan….

  19. aizil Says:

    contoh karangan yg baik
    dan teratur..boleh mnjadi
    rujukan smua…thnk u.

  20. kiko Says:

    may i ask what is secara langsung dan secara tidak langsung? EX: ibu bapa mengajar anaknya secara langsung dan secara tidak langsung..

    i just simply make this sentence..i’m not sure is right or wrong… please help me n reply me..thank u~

  21. xera Says:

    tq sangat2..dah seharian duk cari sample ceramah..bru jumpa…hahaha….

  22. hazlina Says:

    Bagus.
    Pelbagaikan contoh bagi memudahkan rujukan pengguna terutamanya pelajar.
    Terima kasih.

  23. shuk_iltizam Says:

    Thanks.. da lama sye cari conth krngan yg mantap camni…

  24. M. Sol. F&N. Azdh Says:

    alhamdulillah, ada contoh untuk saya buat rujukan. saya memng tgh cari rujukan untuk assignment. ini pun dah ok. thank a lot.

  25. Faiz Love Nabila Says:

    bagus… karangan yg cantik

  26. firdaus Says:

    sangat bagus!

  27. shafiq naz Says:

    BGUS! hehe.,., ble dijadikan contoh karangan ,.,. hehehe,., gud,.

  28. ekin Says:

    em…sgt bgOs…10 bintang…
    hahahahaahaha…
    bgOs…

  29. louie Says:

    nice one! guna utk reference presentation! :) thankssss.

  30. noorhasinah Says:

    Bagus.
    Pelbagaikan contoh bagi memudahkan rujukan pengguna terutamanya pelajar . thank you so much

  31. Alia Says:

    apa kaitan teknologi maklumat dgn perpaduan??
    >tajuk esei ramalan SPM 2010…

  32. FAZLIE Says:

    BAGUS………

  33. mila Says:

    nice…..karangan yg bley dbuat rujukan utk prepare utk exam t…………

  34. nisha Says:

    krgn ygg bgs..memudhkn sye untk buat revision…thank…

  35. Singgih Says:

    mkasih ya..
    untuk tgas skolah…

  36. Ctnai Says:

    Sgt bagus….Pelbagaikan cth karangan utk references…

  37. AdNiN Says:

    mmg best la krngn niy!!thanx coz u’ve save me!!!

  38. eiynha Says:

    satu karangan yg amt bagus utk dijadikan sebagai rujukan..
    memudahkan sya sebagai seorg pelajar kolej utk menambah sedikit maklumat utk membuat assignment saya..
    diharap pihak berkenaan dapat menambah lagi sedikit mengenai kesan negatifnya..

  39. pok nik Says:

    syukran…ana ambik sedikit info dlm karangan anta untuk asegment ana..

  40. Iskandar Says:

    Harap la ada ramai lagi orang-orang yang rajin upload karangan macam awak ni.. Senang sumer student..

  41. esyal Says:

    It’s very good essay.and very easy for me do my revision.

  42. nurul Says:

    WOW!!!!!karangan ini sangat berguna utk saya…thank you so much..

  43. puteri lilin Says:

    smart essay…spm A+ BM 19 GENERATION ..

  44. cleolissa Says:

    thanks sbb memberikan sy satu cnth krngn yg baik
    best…

  45. yana Says:

    harap-harap karangan nie masuk spm 2010…

  46. afiq hazimin Says:

    Cool…………

  47. chelsea Says:

    mudah utk dijadikan rujukan!
    well done!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 46 other followers

%d bloggers like this: